Saturday 8 October 2011

♥ Ruffedge, VE ,Innuendo ♥

salam u all sume >,< cik fifiey minat sangat ngn kumpulan nh ,,  ruffedge , VE , Innuendo .. alhamdulilah dengan penghijrahan mereka .. kagum kan .. lagu mereka pOn da bertukar kepada berdakwah .. jum sama - sama kita baca ,, entry nh cik fifiey amik dalam satu artikle ..

DUDUK dari kiri (ikut pusingan jam); 
Amer Munawer, Zaf, Lah Ahmad, Azan Addin dan Pot.


LIMA jejaka ini bukanlah asing dalam dunia hiburan tanah air. Pernah menyemarakkan dunia muzik melalui genre hip hop dan R&B - Amer, Lah, Pot, Azan dan Zaf kini menemui cinta baru melalui kumpulan Al Mawlid. Istimewa sempena Aidilfitri, XY - Ikon Lelaki berkongsi hijrah diri jejaka berlima ini dalam mengejar Nur Illahi... 

BUKAN gimik - sebaliknya inilah transformasi bekas anggota Ruffedge, VE dan Innuendo. Susuk diri berjubah serta berkopiah, terserlah gaya jejaka Muslim dalam diri Amer Munawer Yusoff (Amer Ruffedge), Abdullah Ahmad (Lah VE), Saiful Amir Abdul Wahab (Pot Innuendo), Azan Addin Abdul Wahab (Azan Ruffedge) dan Zafri Nanarudin (Zaf VE).
Gabungan pemuda yang membentuk komuniti muzik dikenali sebagai Al Mawlid, mengundang perhatian lebih-lebih lagi lima jejaka itu pernah mencipta fenomena dalam showbiz tempatan. Melalui hijrah itu, Al Mawlid memperjuangkan lagu berbentuk dakwah dan puji-pujian ke atas Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW.
Indah bahasa serta santun kata, pertemuan yang diatur baru-baru ini secara tidak langsung membuka dimensi baru setiap personaliti anggota Al Mawlid. Tidak hipokrit dalam memburu keintiman pada Illahi, masing-masing penuh syukur dan merendah diri dalam menempuh fasa baru dalam hidup. 

Menyingkap perkembangan terbaru yang mencetuskan dimensi komuniti vokal Al Mawlid, Amer Munawer berkata, beliau terlebih dulu memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana diberi kemudahan dan keizinan oleh-Nya untuk bersatu membentuk nama Al Mawlid. 

Bagi Amer Munawer, jemputan stesen televisyen AlHijrah untuk mengadakan persembahan pada 7 Disember tahun lalu, dianggap penuh bermakna hingga akhirnya masing-masing sepakat memilih haluan dengan membawakan lagu-lagu berbentuk keislaman. 



“Sebenarnya sudah lama keinginan itu timbul untuk mengalunkan lagu-lagu berentak sebegini. Walaupun bergerak solo terlebih dulu, peluang akhirnya diberikan oleh-Nya dengan kerjasama yang dibentuk bersama rakan-rakan lama. 
“Syukur, laluan itu mudah hingga komuniti vokal Al Mawlid ini berjaya direalisasikan. Insya-Allah juga, kami merancang untuk melancarkan album kompilasi penuh Al Mawlid menjelang Syawal ini dengan memuatkan 10 lagu termasuk single solo setiap anggota Al Mawlid,” katanya mengenai album yang akan berunsurkan puji-pujian ke atas Allah SWT dan Nabi Muhammad SAW. 

Tambah Amer yang turut muncul dalam single solo Seluruh Mahabbah, Al Mawlid memilih meneruskan semula perjuangan lagu berunsur ketuhanan dan puji-pujian yang sebelum ini pernah mengangkat penyanyi Rahimah Rahim serta Uji Rashid terhadap konsep lagu sama. 

“Kita masih lagi mengekalkan genre muzik sedia ada. Ini kerana tidak semestinya apabila sudah tampil berimej jejaka Muslim, maka genre muzik juga harus cenderung kepada nasyid. 

“Sebaliknya, apabila tampil menggayakan imej sebegini, waima ingin memilih genre muzik jazz sekali pun kita boleh asalkan penampilan serta unsur lagu yang dipilih menepati konsep yang dibawa dengan menonjolkan keindahan dan kebersihan diri,” kata Amer yang dikurniakan cahaya mata sulung, baru-baru ini. 

Sementara itu, menceritakan soal cabaran terhadap ‘perubahan’ baru yang dilalui, Azan Addin berkata, sebagai hamba-Nya, beliau tidak terkecuali berdepan dengan ‘kejutan’ tatkala menghadiri majlis agama atas jemputan bapa angkat di Surau Al Hidayah, AU3 Keramat, Selangor. Di bawah konsep Majlis Ta'lim Darul Murtadza, semua tetamu diajar tafsir al-Quran, hadis (kitab Riyadussolihin), fiqah (kitab Safinatunnajah) dan tasauf. 

5 comments: